Jumaat, 27 Mei 2011

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 2011 SKTP.

Salam....Murid-murid tahun 5 dan 6 telah menghadiri ke program teknik
menjawab solan yang telah diadakan di Dewan Sri Pelangi,2011.
Bermula jam 7.40 pagi hingga 12.30 tengah hari Sabtu 28 Mei 2011.
Program teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris telah disampaikan
oleh Pn Zuraihan Bt Abd Rahman dari SIGS,Johor Bahru.
Manakala teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia telah disampaikan
oleh Encik Muhamad Sahrin Bin Masarin dari Sk Angkatan Tentera,Johor Bahru.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir.Peluang untuk mendapat ilmu ini
tidak perlu dilepaskan oleh murid yang inginkan ilmu dan berjaya dalam
UPSR 2011. Ketika artikel ini ditulis para pelajar sedang mendengar dengan
teliti teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia...seronok dan gembira.
Tahniah sekali lagi kepada murid yang berjaya hadir.
Layan Gambar.





Isnin, 23 Mei 2011

Akhlak Malu

Kaum muslimin sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan memelihara rasa malu, kerana hal itu sebahagian daripada iman yang menjadi akidah dan pedoman hidupnya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh lebih cabangnya. Yang paling utama ialah La ilaha Illallah (tiada Tuhan selain Allah). Yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan. Dan malu itu satu cabang dari iman. " (Bukhari Muslim)

Mengapa malu sebahagian daripada iman? Kerana keduanya menyeru kepada kebajikan dan menolak yang munkar. Iman merupakan daya pembangkit bagi orang mukmin untuk membuat ketaatan dan meninggalkan maksiat.

Rasa malu selalu membimbing orang untuk bersyukur kepada Allah SWT dan mencegah berperilaku buruk atau mengatakannya, sebab takut mendapat celaan dan cercaan. Dengan demikian ia akan mendatangkan kebaikan sebagaimana hadis menyebutkan :

"Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan." (Bukhari Muslim)

Dan hadis riwayat Muslim :

"Malu itu semuanya baik."

Lawan malu adalah kotor dan keji. Iaitu kotor dalam perkataan, perbuatan dan berkata kasar. Orang Muslim tidak akan berkata kotor dan kasar, tidak pula keras dan bengis kerana sifat demikian adalah sifat ahli neraka sedang orang Muslim itu insyaAllah ahli syurga. Kaum muslimin yang memiliki rasa malu tidak akan membuka auratnya, mengabaikan kewajiban, menolak yang makruf yang disodorkan orang kepadanya dan tidak akan membicarakan sesuatu yang tidak baik. Orang Muslim akan malu terhadap Khaliknya. Dia akan taat kepada-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya. Hal itu kerana kekuasaan dan ilmu Allah. Seperti yang dikatakan oleh Ibn Mas'ud :

" Malu lah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya. Peliharalah perut dan yang dikandungnya serta ingatlah akan kematian dan kehancuran." (Munziri, hadis marfu. Ia menegaskan kata-kata itu dari Ibn Mas'ud)

Jumaat, 20 Mei 2011

Latihan Kebakaran...

Objektif :
1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Prosedur:
Aktiviti :
1. Kerani akan membunyikan loceng amaran kebakaran
2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di tempat yang telah dinyatakan dalam pelan kebakaran.
4. Semua guru kelas memeriksa buku kehadiran dan jumlah murid yang berada di padang.
4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.
5. Murid balik ke kelas masing-masing.





PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS 2011

PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS SEKOLAH-SEKOLAH 
DAERAH JOHOR BAHRU, SK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU.

SKTP yang beralamat di JKR 5183,Jalan Kuning,Taman Pelangi,80400 Johor Bahru, 
telah dibina di atas tapak seluas 14 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi 
oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan 
Perumahan Taman Pelangi dan berdekatan pula dengan Giant,Taman Pelangi.
Sepertimana yang diketahui bahawa Majlis Pelancaran Program  Hutan Kita@Schools
Johor Bahru, telah berlangsung seperti yang dijadualkan pada  9 April 2011 (Sabtu)  jam 8.00 pagi bertempat  di  SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang mana dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Jeanne  Abdullah, Pengerusi Landskap Malaysia dan
ENO Mother of Malaysia.
Program Hutan Kita@Schools peringkat SK Taman Pelangi pula telah dirasmikan pada 
19 Mei 2011 pada hari Khamis. Puan Mastura Binti Idris, Guru Besar SK Taman Pelangi telah meluangkan masa menanam pokok-pokok yang dibekalkan oleh pihak MBJB.
Beberapa tempat telah diperuntukkan bagi tujuan program ini.
Semoga dengan program ini akan menghijaukan lagi kawasan sekolah. Landskap Malaysia menganjurkan program ini Johor Bahru bertujuan mengajar murid-murid bertanggungjawab menghindari kesan rumah hijau dan membiasakan murid dengan suasana menghijau dan nyaman dengan tumbuh-tumbuhan.
Semoga program ini akan memberikan kesan jangka masa panjang terhadap 
alam sekitar dan suasana sekolah SK Taman Pelangi, Johor Bahru.
LAMPIRAN BERGAMBAR PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS
 2011 SK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU.














Isnin, 16 Mei 2011

HARI GURU DI PAGI 16 MEI 2011

Meriah..memang meriah...sambutan tahun ini di SK Taman Pelangi 2011. 
Kita jumpa lagi Tahun Hadapan 16 Mei Insyallah.
Guru Pewaris Para Nabi... berat amanah nih...





Selasa, 10 Mei 2011

GURUKU...

SELAMAT HARI GURU 2011.........

MOTIVASI TAHUN 6

Salam..tahun 6 bersedia..bersedia..motivasi seterusnya
bagi peningkatan pelajaran anda...
Jati Diri Tahun 6 bakal dilaksanakan pada
Hari Jumaat 27 Mei 2011 dan Sabtu 28 Mei 2011.
Jadi hadirlah untuk sama2 mempertingkatkan jati diri
anda sebelum UPSR 2011...Tahun 6 pasti BOLEH...!

PEPERIKSAAN SETARA..

Salam...murid2 Sk Tmn Pelangi....
Makluman Peperiksaan Setara pada 23-27 Mei 2011.Bersedia yea..

Isnin, 9 Mei 2011

MOTIVASI TAHUN 6

Salam...Tahniah! Tahniah! kepada ibu bapa yang dapat hadir pada
Majlis Ikrar Pelajar Tahun 6. Semoga ilmu yang diperolehi
akan menjadikan para pelajar sentiasa Cemerlang dalam
UPSR 2011 yang bakal menjelma kelak...Layan gambar Syahdu..










KEM BESTARI SOLAT

Salam..Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada semua murid yang
dapat hadir bagi Slot KembEstari Solat yang
diadakan pada 7.05.2011 ( SABTU ) nan lalu.
Semoga semua murid dapat mempraktikkan solat di rumah
dan sepanjang hidupnya penuh dengan nikmat Solat...