Jumaat, 8 Jun 2012

Keputusan Terkini Tilawah ke-55 Kebangsaan

Keputusan Penuh Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 55, 2012

Assalamualaikum

Juara Qari dan Qariah Tilawah Peringkat Kebangsaan kali ke 55 2012
Malam ini merupa malam terakhir Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 55. Kali ini seramai 27 orang perserta tilawah (14 qari 13 qaraih), 12 hakim iaitu hakim tajwid, lagu, suara dan Fasohah.
Ulasan ringkas hakim : dari segi tajwid semua dapat menguasai  35% dari 45%. Baik dalam penyampaian lagu. Dari segi fasohah banyak kelemah dalam waqaf dan ibtidak. Suara pula baik tapi banyak kelemahan dalam sebuatan mahraj huruf.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Kategori Qari
Juara: Muhammad Anuar Ghazali dari Kelantan, 93.66%
Naib Juara: Zul-Hasyimi Mohammed Yunus dari Pahang, 87.99%
Tempat ketiga: Muhamad Raffe Ghalil Abas dari Sabah, 86.68%
Kategori Qariah
Juara: Hajjah Che Aminah Che Awang dari Wilayah Persekutuan, 84.33%
Naib Juara: Nur Faten Izzati Rablin dari Sabah, 79%
Tempat Ketiga: Maziah Mohd Deli dari Kedah, 78.67%
Juara Keseluruhan: Pahang 
Juara membawa pulang piala pusingan, wang yunai RM15,000, pakej menunaikan haji, cenderahati dan sijil penyertaan.
Naib Juara membawa pulang wang tunai RM7,000, pakej menunaikan haji, cenderahati dan sijil penyertaan.
Tempat Ketiga membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderahati dan sijil penyertaan
Saguhati RM2,000 kepada semua peserta.



Tilawah AL-QURAN Kali ke-55 Kebangsaan Di JOHOR

Salam.... menyaksikan Tilawah al-Quran pada cuti penggal ke 2 amat meriah dan menambah pengetahuan. Ianya berlansung di PERSADA Johor bermula 4 hingga 8 Jun 2012.