Rabu, 21 Mac 2012

LDP 2012

Salam...semua guru SK Taman Pelangi baru saja menerima taklimat e-operasi dan kursus membuat blog. dari
En. Mohd Hafidz dan Encik Anizan di Makmal Bestari Pelangi pada 21 Mac 2012. Layan




Selasa, 13 Mac 2012

Kelas Tambahan Tahun 5 dan 6.

Salam..Putera puteri SKTP kelas tamabhan tahun 5 dan 6 akan diadakan mulai Isnin 12 MAC hingga Rabu 14 MAC 2012. Diminta semua murid tahun 5 dan 6 dapat hadir dan memartabatkan pencapaian sekolah 2012.
Sekian Terima Kasih.

Isnin, 12 Mac 2012

Pemberian Wang RM100




Salam..telah berlansungnya majlis pemberian KWAMP dan wang RM100 kepada murid tahun satu pada 9 Mac 2012 Jumaat. Layan gambar penerima..

Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah,Hafazan Dan Kuiz Bahasa Arab 2012

Salam...Putera Puteri SK Taman Pelangi, telah berlansungnya penyampaian hadiah dan saguhati sempena pertandingan-pertandingan yang telah PAIS laksanakan sebelum ini. Bertempat di Dewan Sri Pelangi telah berlansungnya penyampaian hadiah ini oleh Puan Mastura Bt Idris ( Guru Besar SK Taman Pelangi ).
Selepas majlis Membudayakan AQ yang diadakan setiap minggu di Dewan Sri Pelangi.
Tahniah...! kepada para pemenang. Yang tidak bernasib baik sila beri komitmen anda dan tunjukkan bakat anda...SKTP Terbaik...!



Jumaat, 2 Mac 2012

Pelancaran Program NILAM Dan Minggu Anti Dadah 2012

Salam..Putera puteri SK Taman Pelangi. Majlis Pelancaran Program NILAM telah dirasmikan di Padang Perhimpunan pada jam 7.20 pagi oleh Puan Zarina Bt Ibrahim (GPK HEM) SK Taman Pelangi. Murid-murid juga telah bersama-sama menyanyikan lagu NADI ILMU MEMBACA.
Pada jam 9.50 27 Februari 2012 pagi telah dilancarkan satu lagi program Majlis Minggu Anti Dadah SK Taman Pelangi,JB yang diadakan di Dewan Sri Pelangi. Bacaan Doa oleh Adik Mohd Azrai manakala Perutusan Minggu Anti Dadah telah dibacakan oleh Puan Ahsathiamal (GPK Kokurikulum) SK Taman Pelangi, Perasmian telah dilancarkan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Rahim (GPK Kurikulum) dan dengan memecahkan "Kotak Anti Dadah SKTP". Bacaan "Anti Dadah SKTP" dibacakan oleh Adik Nik Mohd Fazmi dari 6P iaitu salah seorang AJK Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Pelangi. Murid-murid dan guru pula menyanyikan lagu "Anti Dadah, Kami Benci Dadah" dengan penuh semangat. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan selama seminggu dengan tayang video "Aku Mahu Pulang" dan mewarna tahap 1, Melukis Poster Tahap 2 serta teka silangkata.
Menarikkk......................