Ahad, 28 April 2013

Tahniah...Pertandingan dan Sumbangan

AsSalam...Pada Isnin 29.04.2013 telah diadakan sumbangan dari Baitulmal Jabatan Agama Islam dan juga penyampaian hadiah.Layan...
















Karnival SKI,JB pada 28.04.2013

AsSalam...berada di karnival SKI pada ahad 28.4.2013 macam-macam ada...

Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru (SKIJB) ditubuh dan dikelolakan oleh Persatuan Bagi Kanak-Kanak  Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ) sejak 1988. Dirasmikan pada 8hb. September 1989 oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Besar Johor ketika itu.
Bangunan SKIJB dibina di atas sebidang tanah seluas 0.25 ekar kurniaan Kerajaan Negeri Johor, di Lot 17882 Jalan Gertak Merah Johor Bahru.
 

Blok Bangunan Lama (Tahun 1988- 2001)


Kompleks baru Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru dibina oleh PBKKAJ di atas sebidang tanah kurniaan Kerajaan Negeri Johor keluasan 0.75 ekar bersebelahan bangunan blok lama sekolah . Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor pada 12 November 1999 dan siap akhir tahun 2001. Kompleks baru sekolah siap dan mula digunapakai pada awal tahun 2002.



 Ni hasil RM30 je...macam-macam  dapat..Maggie pun ada?
Lawat laman web di orang dapat info lebih dan menyumbang untuk di orang punya aktiviti.

Hadis

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)



Di Sekolah 27.4.2013

AsSalam...Di sekolah pada 27.4.2013, seekor anjing telah memasuki kawasan sekolah.
Najis Mughallazah (Berat)
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
   1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
   2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
   3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:

"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Penyakit Anjing Gila (Rabies )
Agen Penyebab : Virus Rabies
* Boleh menyebabkan gangguan pada susunan saraf pusat
* Selain dari anjing binatang (Liar) lain juga boleh menjadi pembawa kepada penyakit ini antaranya kera, kelawar DLL

Tempoh Pengeraman :
- 10 hari - 7 bulan
Tanda dan Gejala :
  • demam ringan, sakit kepala, tiada selera makan, lemah, mual, muntah, sakit pada tempat gigitan.
  • gejala diatas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • boleh menyebabkan kematian
Rawatan
- imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. iminisasi boleh diberikan untuk mencegah dari terkena penyakit ini.
 Pencegahan
  • Elakkan dari digigit binatang liar
  • Jika digigit - terus berjumpa Pegawai Perubatan
  • Lakukan sampel dan pemeriksaan laboratorik terhadap haiwan yang di syaki dijangkiti.

Artikel Berkaitan
Sumber Utusan Malaysia (03/04/2005)



Isnin, 22 April 2013

PPTP DAN PROGRAM 1 MURID 1 BUKU

AsSalam..berita semasa.Pada 22.4.2013 Isnin telah rasminya Program 1Murid 1Buku yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar SKTP di dataran kejat. Setiap kelas telah menerima buku untuk jumlah murid masing-masing.Alhamdulillah, program pengarah turun padang PPTP juga telah datang pada hari tersebut. PIhak sekolah telah memperoleh markah yang cemerlang sekitar 90 ke atas.Tahniah...1 kepada warga SKTP yang telah berusaha menaikkan sekolah....layan gambar penerima saguhati Pertandingan bahasa Cina pada 20.4.2013 sabtu dan pertandingan sepaktakraw 18.4.2013..tahniah kepada yang berusaha dan berjaya..
 Pertandingan Bahasa Cina

 Program 1Murid 1 Buku
 Pertandingan Sepaktakraw Zon Majidee




Khamis, 18 April 2013

Rabu, 17 April 2013

MOTIVASI IKRAR PELAJAR 2013

AsSalam..warga tahun 6 putera puterinya telah membuat akujanji UPSR 2013 pada 13 April 2013 yang lalu.  Ramai ibu bapa penjaga dapat hadir ke majlis tersebut.Penceramah kali ni memang mantap dan berbisa... layan







 Mentor yang tersenyum mandapat mentee...