Selasa, 5 Mac 2013

HARI ISNIN 4 MAC 2013


Pada 26.02.2013 (Rabu) bertempat di SK Tanjung Puteri,Johor Bahru telah berlansungnya Kejohanan Padang bagi Zon Majidee/2013.
Diumumkan ....
Adik Muhammad Rusydi Bin Mohd Ali menggondol emas dalam Acara Lompat Tinggi
 kategori Lelaki 12 Tahun 

dan 
Adik Muhammad Fahmi Bin Yusof menggondol emas dalam Acara Lompat Jauh 
kategori Lelaki 12 Tahun. 

TAHNIAH...! DAN SYABAS diucapkan........
Pada 4 Mac 2013 (Isnin) waktu perhimpunan pagi yang diadakan di Dewan Sri Pelangi telah diadakan Majlis Perlancaran NILAM. Nadi ILmu Membaca. Diumumkan pemenang Anugerah Nilam bagi tahun 2012 disandang oleh Adik Nur Alia Natasha Bt Sanip dan Adik Nurul Izzatie Bt Zaidi .Majlis diakhiri dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu Lagu Nilam dan  Lagu Seloka Bervisi.







Jumaat, 1 Mac 2013

BERSEDIA...! PKBS 1


PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PKBS 1/2013) TAHUN 4, 5 DAN 6


Semua Ibubapa / Penjaga / Guru,
Murid-murid SK Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru.

Tuan,
  • Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1 / 2013) Tahun 4, 5 & 6
                                                                                                                             
Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1) akan dijalankan pada 4 Mac sehinga 7 Mac 2013. Walau bagaimanapun, bagi pelajar tahap 1 murid-murid terlibat dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

2.         Pihak sekolah berharap ibubapa dapat membimbing anak-anak di rumah untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PKBS 1 yang akan dijalankan nanti.

3.         Kerjasama dan dorongan daripada ibubapa amatlah dihargai bagi membantu kejayaan anak-anak didik kita. Bersama-sama ini turut disertakan jadual peperiksaan :

TAHAP 2 ( Tahun 4 , 5 dan 6 )
Tarikh
Masa
Perkara
4 Mac 
2013
Isnin
8.50 – 9.50
9.50 – 10.10
10.20 – 11.35
12.00 – 1.00
B. Melayu (Kertas 1)
REHAT
B. Melayu (Kertas 2)
P. Islam / Moral

5 Mac
2013
Selasa
7.40 – 8.40
8.40 – 9.40
9.50 – 10.10
10.30 – 11.45
12.00 – 1.00
Matematik (Kertas 2)
B.Inggeris (Kertas 1)
REHAT
B. Inggeris (Kertas 2)
Matematik (Kertas 1)

6 Mac
2013
Rabu
8.00 – 9.15
9.50 – 10.10
10.20 – 11.20
11.25 – 12.25
Sains
REHAT
Bahasa Arab
Bahasa Cina

7 Mac
2013
Khamis
7.30 – 8.30
8.40 – 9.40
9.50 – 10.10
10.40 – 11.40
Pendidikan Sivik
Kajian Tempatan
REHAT
Kemahiran Hidup


Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Terima kasih.