Isnin, 28 Januari 2013

PENYERAHAN WANG BANTUAN RM100

AsSalam...Tahun 2013 dimeriahkan lagi dengan bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diadakan pada 18 Januari 2013 ( Khamis ) selepas waktu rehat iaitu jam 10.10 pagi. Terima Kasih atas kesudian YB TAN SRI DATO` SHAHRIR BIN HJ. ABDUL SAMAD 
( AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU ) hadir ke majlis di SK Taman Pelangi,Johor Bahru. Beliau juga berkesempatan melihat-lihat pembangunan padang yang telah mencapai tahap yang baik dari sebelumnya. Terima kasih sekali lagi, kunjung tuan amat kami hargai.




PRA-MAULIDUR RASUL 1434H

AsSalam-Rasulullah s.a.w insan mulia. Setiap tahun warga Muslim SKTP akan meraikan hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w dengan meriahnya. Tahun ini pra-maulidur rasul disambut dengan pertandingan Tilawah Al-Quran murid tahap 2. Pertandingan yang diadakan di surau telah menarik perhatian beberapa peserta yang berminat dalam acara ini. Tahniah..! kepada yang berani tampil menyertai pertandingan ini. Murid tahun 5, yang menjadi penonton pertandingan telah memperdengarkan nasyid bertajuk Rasulullah.




Dalam kesibukan kerja-kerja seharian di sekolah,para guru tahap 2 telah meluangkan masa mereka untuk menyertai pertandingan sepanduk yang julung-julung diadakan untuk murid tahap 2 pada tahun ini. Syabas dan tahniah...! buat semua guru tahap 2 yang telah berusaha sedaya upaya menyiapkan sepanduk yang diberikan pada 21.01.2013. Bersungguh PAIS lihat dan kagum dengan usaha mereka ini.







berarak la pulak setengah jam pun penat juga tapi kanak-kanak ni gembira betul.
UPDATE:





PRA SEKOLAH PUN TURUT SAMA. TAHNIAH..! TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN ANDA. BERSEMANGAT SEKALI. SAYANG RASULULLAH.








Isnin, 7 Januari 2013

PERLANTIKAN PENGAWAS 2013

AsSalam- Pada hari ini 07 Januari 2013 telah berlansungnya majlis perlantikan pengawas sekolah yang diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Pada tahun ini pengawas sekolah dan perpustakawan digabungkan dalam satu majlis yang mana dalam majlis ini Sarjan Mejar Abdul Razak Bin Md Isa telah sudi menyarungkan tali leher dan menyampaikan sijil perlantikan kepada para pengawas sekolah. Terima kasih atas kesudian beliau hadir seawal jam 07.20 pagi lagi. Tahniah..! para pengawas semoga dapat memimpin dan menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain.











PENDAFTARAN DAN PROGRAM TRANSISI 2013

AsSalam-Warga SKTP telah menerima murid baru bagi tahun 2013. Tahniah! dan selamat kembali ke sekolah. Murid pra sekolah di daftarkan di Anjung Sri Pelangi dan majlis mesyuarat pemuafakatan tahun 2013 juga telah dilaksanakan serta dirasmikan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Rahim GPK Kanan SKTP. Manakala murid tahun satu telah di daftarkan di Dewan Sri Pelangi.