Ahad, 28 Oktober 2012

SPSK 2012 DI SK TMN PELANGI

AsSalam-Baru-baru ini seramai 4 orang guru besar telah datang memantau Fail SPSK di SK TMN PELANGI bertempat di bilik gerakan. Bermula 24.10.2012 ( RABU) jam 9 pagi telah bermulanya pemantauan tersebut. Tahniah...! Tahniah...! kepada para guru yang bertungkus-lumus hampir berbulan lamanya menyediakan bahan untuk SPSK. Tahniah...! jerih dan pengorbanan terbalas jua dengan mendapat keputusan terbaik. Tahniah...! dan syabas.
 Taklimat sebelum pemantauan diadakan bersama En Muhamad Bin Abdul Rahim (GPK Kanan Pentadbiran)


PROGRAM MARI MEMBACA 2012

AsSalam- SKTP sekali lagi di meriahkan dengan aktiviti membaca yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan sekolah. Cikgu Ahmad Fadhli selaku penyelaras program. bermula seawal jam 8 pagi telah berlansungnya pertandingan mewarna tahap 1 dan poster tahap 2. Pada jam 9.30pagi telah berlansungnya bacaan 33.5 minit di Dewan Sri Pelangi diikuti dengan nyanyian lagu mari membaca. Aktiviti program telah dirasmikan oleh Puan Ahshathiamal (GPK Kokurikulum,SKTP). Hadiah kepada para peserta juga disampaikan oleh Puan Ahshathiamal juga.




 Aktiviti pengumpulan bahan kitar semula sempena kempen membaca SKTP,JB turut diadakan.




PERTANDINGAN SIVIK DAN SAINS ZON MAJIDEE

AsSalam- Baru-baru ini pada 15 Oktober 2012 Panatia Sains telah terlibat dalam pertandingan EUREKA SAINS dan terdapat 2 orang pemenang dalam pertandingan ini. Maisng-masing menerima piala kemenangan tempat kedua bagi acara yang dipertandingkan. Manakala pada pertandingan Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan para peserta yang menyertai pertandingan buku skrap dan telah memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori tahun 4 dan tahun 5 dan 6 (ketiga) pada bulan Ogos Zon Majidee.Tahniah...! kepada semua peserta kerana berjaya mengharumkan nama sekolah SKTP. Masih ingat dengan murid bernama Norfarhana Abdul Rahman? Pada hari ini 29.10.2012 ( Isnin) beliau telah menerima chek berjumlah RM100 dari pihak UTUSAN MELAYU kerana berjaya mendapat tempat saguhati bagi pertandingan buku skrap jawi yang pernah PAIS paparkan sebelum ini. Tahniah...! kepada anak didik SKTP dan guru yang bersama menaikkan nama sekolah dan berusaha sedaya mungkin.




Isnin, 22 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN KALAM JAMAIE 2012 JOHOR

AsSalam...Dapat mengikuti Majlis Khatam Al-Quran dan Kalam Jamaie pada hari ini bermula jam 7.30 pagi dah berada di sana.Pertandingan berlansung selama dua hari 22 dan 23 Oktober 2012 Tak ramai penonton. ramai peserta dari penontonnya.Apa pun bertuah dapat pengalaman melihat pertandingan peringkat kebangsaan bertempat di UTM,Skudai Johor.Layan untuk hari pertama 22/10/2012 Isnin.





Rabu, 10 Oktober 2012

BOLA SEPAK BAWAH 11 DAERAH JOHOR BAHRU 2012

Salam...suram-suram senja telah menyaksikan SK Taman Pelangi memperoleh tempat ke-4 dari 16 pasukan bertanding di SK Ngee Heng anjuran PPDJB. Atas tiket menang dalam aksi kumpulan dengan mata yang sama dengan pasukan SK Maju Jaya membuahkan hasil apabila SKTP dapat menjinakkan SK Maju Jaya dengan mudahnya dalam aksi sepakan penalti yang penuh dramatik. 6 orang pemain telah mengambil sepakan namun salah seorang pemain SK Maju Jaya telah tersasar dari gawang gol SKTP. Tahniah...! dengan berjayanya ke separuh akhir menentang pasukan dari SK Khir Johari nyata SKTP memberi tentangan yang hebat. Namun kekalahan 2-1 telah mengakibatkan SKTP menentukan tempat ke 3 dan ke 4 melalui sepakan penalti yang menyaksikan kengerian aksi sepakan penalti berulang lagi. Nmaun demikian, nasib kali ini tidak menyebelahi SKTP apabila tendangan 2 orang pemain yang diamanhkan mengambil sepakan penalti tersasar dari gawang. Namun fakta menarik dari 4 pasukan yang ke separuh akhir 3 dari zon majidi. Tahniah...! kepada wira-wira SKTP sekali lagi.....






Khamis, 4 Oktober 2012

Memori tahun 6

Tahun 6 /2012





MERAIKAN HARI KANAK-KANAK 2012

Salam...meriah dengan pelbagai aktiviti sempenan hari kanak-kanak 2012. Bermula waktu pagi dengan mewarna dan poster diikuti dengan persembahan pra sekolah cermelang dan gemilang. Acara diteruskan dengan pakaian beragam....layan lerr