Khamis, 28 April 2011

Membaca Tangga Kejayaan



Salam  Kini telah masuknya bulan Jamadil Awal dan akhir bulan April
Diingatkan pada bulan Mei akan berlangsungnya peperiksaan
Setara Setengah Tahun 2011.
Adik-adik SK Taman Pelangi dah bersediakah?
Dah mula membaca buku dan mengingat perkara-perkara penting dalam
pelajaran.Kena sedia awal putera-puteriku.
Dsini disenaraikan fasa persediaan buat putera puteri SKTP.






1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Isnin, 25 April 2011

Johor Disana Disini











Salam...IKIM di Bandar Dato` Onn, Johor Bahru. Meriah suasana di sana.
Sempat juga tengok-tengok disana. Layan gambo ler.....

Isnin, 18 April 2011

SPSK

Salam.. pada 18 April 2011 hari Isnin
telah diadakan LDP,SPSK di
Bilik Gerakan Sk Taman Pelangi,JB.
Guru-guru diberi taklimat oleh Pegawai
Unit Inovasi Dan Kepiawaian,JPNJ Johor
iaitu En Abdul Rahim Bin Abdul Rahman.

Ahad, 17 April 2011

DOA HARIAN (DOA BERKENDERAAN ) SKTP,JB.

Adab Berkenderaan

Adab memandu: Sebelum memandu kenderaan 
hendaklah dipastikan kenderaan dalam keadaan yang 
memuaskan dan mulakan dengan keadaan yang tenang 
dan mulakan menaiki kenderaan dengan bacaan 
Bismillahirahmanirrahim.

Doa sebelum memandu
سبحان الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين
        وإنا الى ربنا لمنقلبون


Dan boleh disambung dengan doa berikut :
أَللهم متعنا بها
(Allahumma matta'naa bihaa)

Adab Ketika Dalam Perjalanan Berkenderaan.

Dalam perjalanan hendaklah hati selalu mengigati Allah, 
mata dan telinga mestilah peka memerhati pengguna 
lain di jalanraya. Jangan sekali-kali mata melilau 
memandang ke kiri dan kekanan kerana 
ini boleh membahayakan pengguna jalan raya 
bahkan membahayakan kita sendiri, jika ada 
sesuatu melintas di hadapan, seperti binatang, 
kanak-kanak dan orang tua.

Jika memandu kereta, penunggang motorsikal 
dan pejalan kaki hendaklah diutamakan. 
memberi keutamaan kepada orang lain akan 
dibalas pahala yang banyak oleh Allah s.w.t.

DOA HARIAN SKTP,JB.

Doa Sesudah Berwudhu'


Maksudnya:"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Esa, 
Tiada Sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah 
hamba Allah dan pesururuhNya. Ya Allah jadikanlah aku ini dari golongan 
orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku ini dari golongan orang-orang yang bersuci"

Bahasa Al-Quran.

Salam...Murid-murid berminat untuk mempelajari
Bahasa Arab? Lihat iklan di bawah Pais jumpa masa
bersolat di Masjid Kotaraya baru-baru nih.Yang berminat
mempelajari ilmu tu apa salah mencuba.Disini Pais nak bagitau
kebaikan Bahasa Arab dari bahasa lain..renung dan amal dan sebar-sebarkan..

Keistimewaan Bahasa Arab


Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat, lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain.



“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil yang mengungkap hal ini.



Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain? Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran itu dalam bahasa Arab bisa dijelaskan secara ilmiah.



Pertama, sampai hari ini, bahasa yang berasal dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.



Kedua, bahasa Arab dikenal memiliki banyak kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000 bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.



Ketiga, Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.



Keempat, menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih: tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul. Justeru Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.


Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya, dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.
 Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Allah ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kalian memahaminya.” (QS. Az Zukhruf: 3)

Bahasa Arab adalah bahasa Nabi Muhammad dan bahasa verbal para sahabat. Hadits-hadits Nabi yang sampai kepada kita dengan berbahasa Arab. Demikian juga kitab-kitab fikih, tertulis dengan bahasa ini. Oleh karena itu, penguasaan bahasa Arab menjadi pintu gerbang dalam memahaminya.

Misalnya, penggalan syair yang dilantunkan Habib bin Aus yang menganjurkan berperangai dengan akhlak yang baik:



Manusia senantiasa dalam kebaikan,

selama ia mempunyai rasa malu
Batang pohon senantiasa abadi,
selama kulitnya belum terkelupas
Demi AIlah, tidak ada sedikit pun kebaikan dalam kehidupan,
Demikian juga di dunia, bila rasa malu telah hilang sirna



Juga ada untaian syair yang melecut orang agar menjauhi tabiat buruk.

Imam Syafi’i mengatakan:



Bila dirimu ingin hidup

dengan bebas dari kebinasaan,
(juga) agamamu utuh dan kehormatanmu terpelihara,
Janganlah lidahmu
mengungkit cacat orang,
Tubuhmu sarat dengan aib, dan orang (juga)
memiliki lidah.




Johor Di sana sini.

Salam...Pais hendak melaporkan nih. 
Bakal datang pada 22-24 April 2011
( Sabtu-Ahad ) nih
Karnival Mahabbah IKIM di Kompleks Mutiara,Johor Land.
Pelbagai Jualan dan Pameran diadakan 
serta aktiviti disana. 
Mari kita meriahkan Karnival berbentuk Islamik nih...

Khamis, 14 April 2011

Sukan Sekolah...

Sukan Sekolah...: "Salam...Murid-murid kini sedang sibuk
aktiviti sukan sekolah yang akan diadakan.
Bermula semalam 13 April 2011 Rabu
telah berlansungnya Sukan Tara sekolah.
Murid yang lain semoga cergas dan sihat dan
dapat berbakti untuk rumah sukan anda!
S.K.T.P hebat...S.K.T.P pasti boleh!


"

Rabu, 13 April 2011

Sukan Sekolah...

Salam...Murid-murid kini sedang sibuk
aktiviti sukan sekolah yang akan diadakan.
Bermula semalam 13 April 2011 Rabu
telah berlansungnya Sukan Tara sekolah.
Murid yang lain semoga cergas dan sihat dan
dapat berbakti untuk rumah sukan anda!
S.K.T.P hebat...S.K.T.P pasti boleh!


TAKZIAH...Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Mati...

Salam...pada hari Isnin 11 April 2011 SK Taman Pelangi dikejutkan dengan
kehilangan ibu kepada En Mohamad ( GPK Kurikulum )
yang baru sahaja kembali Kerahmatullah.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada
ibunya.Al-Fatihah.
Semoga Rohnya dirahmati Allah dan
ditempatkan dengan orang-2 yang beriman.Amin

Khamis, 7 April 2011

AMANAH RAYA DI SKTP 2011.

SALAM...Amanah raya di SKTP
Pada 7 April 2011 ( Khamis )
Wasiat Untuk Waris-warisku...

AADK di SKTP

Salam..pada 6 MAC 2011 ( Rabu ) pihak sekolah telah
menjemput  pihak AADK membuat pameran dan
ceramah di Dewan Sri Pelangi.
Banyak kebaikan dari pameran dan ceramah ini.
Diharap murid-murid mendapat manfaat dan iktibar serta
tauladan dari apa yang disampaikan oleh wakil AADK




( Agensi Anti Dadah Kebangsaan).
Dadah Musuh Negara
Jangan dicuba-cuba murid-murid tau...

Isnin, 4 April 2011

Indahnya Islam.

Salam.. baru-2 ni ke Plaza Angsana.Ada abang-abang dan kakak-kakak
yang sudah ke SM menunjukkan bakat mereka.
Seni mereka amat menakjubkan.Subhanallah.
Jadi para pelajar yang meminati seni pergunakan seni itu demi menyebarkan
Islam yang tinggi dan tiada agama lebih tinggi darinya.
Semoga cita-cita yang baik akan membakar semangat murid-murid untuk
terus berusaha,berdoa dan bertawakal.