Ahad, 25 September 2011

Peperiksaan SMKA bagi ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 6-Tingkatan 1.

Salam...murid-murid UPSR sila pastikan anda telah bersedia untuk peperiksaan kemasukan ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh ( SMKA ) pada 27hb September 2011 ( Rabu ) ini. Peperiksaan akan dimulakan pada jam 8 pagi. Semoga anda berjaya dengan Usaha anda.

Program Aktiviti Kemasyarakatan Ad-din 2011.

Salam.... Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Bagi tujuan itu seorang muslim sejati perlulah dilatih untuk mengenal jalan kesusahan sebelum menuju ke jalan yang dipermudahkan Allah. Pada 22hb September 2011 yang lalu Persatuan Ad-Din dengan 25 orang murid dan 3 orang guru meredah sekitar Taman Pelangi di Jalan Hijau Muda dan Kelabu untuk menyebarkan Ziarah Marhaban sempena Syawal yang mulia di 3 buah rumah yang telah bersetuju untuk mengundang kami untuk program kemasyarakatan ini iaitu Program Ziarah Marhaban 2011. Menariknya hujan lebat tetap diredhai, lorong berdenai di lalui dengan kesukaran sebegini akhirnya program ini mendapat sambutan hebat dari tuan rumah.Alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya walaupun diminta tidak menyediakan apa-apa juadah untuk kami tapi kami telah disantuni dengan rezeki yang melimpah ruah dari tuan rumah. Teriam kasih dari Persatuan Ad-Din dan pihak sekolah khasnya.
Semoga program ini akan dapat kita teruskan di syawal akan datang dan semoga dibri limpahan kesihatan dan rezeki yang seluasnya dari ILAHI bagi meneruskan Usaha dikit ini. Sokongan dari Puan Mastura Bt Idris serta dokongan para guru dan Ibu Bapa yang prihatin tentang Usaha ini amat kami hargai dan moga Allah jua membalasnya. Amin.  Layan gambar.
 Rumah Pertama Di Hijau Muda- En Pauzi Bin Saperi @Sapari
 Merentas antara deretan rumah dan denai-denai untuk ke Lorong Kelabu.
 Rumah ke 2- Puan Siti Ruhayah Ithnin-Kunjungan yang disambut meriah.
 Merentas pepohon merendang untuk ke rumah yang ketiga.
 Berziarah marhaban di Rumah Encik Parizon Bin Yaacob. Terima kasih.

Sabtu, 3 September 2011

Solat Hari Raya Fitrah



Solat Sunat Hari Raya Fitrah : 
Solat sunat dua rakaat satu salam dilakukan 
pada pagi hari raya fitrah sebagai tanda 
selesainya puasa sebulan di bulan Ramadhan, 
iaitu pada pagi 1 Syawal selepas terbit matahari 
pagi berkenaan. Walau bagaimanapun ianya 
boleh dilakukan pada bila-bila masa 
pada hari tersebut.

Lafaz niatnya ialah : 
“Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat 
kerana Allah taala”
 atau 
"Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat 
makmum kerana Allah taala”.

Caranya :
Rakaat pertama: selepas doa iftitah bertakbir
sebanyak 7 kali dan setiap lepas takbir 
bacalah doa:
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
 ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

kemudian bacalah surah Al-Fatihah
Rakaat kedua: sebelum fatihah bertakbir 
5 kali dengan diselangi bacaan lafaz takbir 
seperti di atas.

Jumaat, 2 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Salam majlis Khatam Al-Quran yang sungguh meriah telah diadakan di SKTP bertempat di Dewan Sri Pelangi seawal jam 7.20 pagi.

07.20    : Murid berkumpul di
  Dewan Sri Pelangi
07.30  : Bacaan Doa
            (Ustaz Mohd Rizalman Ashari)
07:40  : Ucapan Guru Besar  dan   
             Perasmian
           ( Pn. Mastura Binti Idris)
07.50  :  Khatam Al-Quran
08.40  :  Majlis Ihya` Syawal.
08.50  :  Penyampaian sumbangan
              Hari Raya kepada anak yatim
              dan miskin dan penyampaian
             hadiah
             Bermaafan
09.30  :  Murid kembali ke kelas.
 UCAPAN PERASMIAN MAJLIS OLEH PUAN MASTURA BINTI IDRIS GURU BESAR SKTP.
 BERMULANYA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011 OLEH MURID TAHUN 6.
SESI JQAF 2006-2011.
PARA KHATAM AL-QURAN YANG BAKAL MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN SEUMUR HIDUP.YA ALLAH, JADIKAN MEREKA-MEREKA INI YANG SENTIASA MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENDAMPING DALAM HIDUP MEREKA.AMIN...
 MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL DAN SAGUHATI KEPADA MURID KHATAMAAL-QURAN 2011/TAHUN 6.
TAHNIAH..! TAHNIAH...! TAHNIAH...!

SELAMAT HARI RAYA 2011



Salam Eid Mubarak... Majlis Ihya Syawal telah diadakan di Dewan Sri Pelangi 2011.
Semoga Eid Mubarak memberi keberkatan kepada semua.
MAAF ZAHIR BATIN DARI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN JQAF SKTP.