Jumaat, 28 Oktober 2011

PESTA BUKU 2011 JOHOR.

Salam...luangkan masa bersama-sama ibu bapa ke Mini Pesta Buku Johor di Plaza Angsana mulai 28,29 dan 30 Oktober 2011 ini. Jadi jangan lepaskan peluang membeli buku-buku ilmiah dengan diskaun yang 20% lebih murah. Jadi ramai-ramailah ke sana demi ilmu.

Ahad, 23 Oktober 2011

PKSR 2/2011


Salam...Putera-puteri SKTP pada 01/11/2011 akan bermulanya peperiksaan PKSR 2. Semoga adik-adik berusaha dan di waktu cuti Perayaan Deepavali 22-30/10/2011 diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Insyaallah guru-guru doakan akan berjaya jika Usaha, Doa dan Tawakal padaNYA.

Khamis, 20 Oktober 2011

Hari kanak-kanak 2011.

Salam...Untuk pengetahuan Ibu bapa penjaga Jumaat ( 21.10.2011 ) akan diadakan sambutan
Hari Kanak-Kanak Dan Sambutan Bulan Bahasa seawal jam 7.20 pagi.

7.20 pagi :             Murid  berkumpul di Dewan Sri Pelangi
7.25 pagi :             Bacaan Doa
7.30 pagi :             Ikrar Setia Bahasa
                                ( Adik Mohd Rafiq Hilmi)
                                Nyanyian Bahasa Jiwa
                                Bangsa
7.45 pagi:              Ucapan Perasmian
Guru Besar
7.50 pagi :             Persembahan Pra Sekolah
                                Persembahan Biola
                                (Ayu Afiqah Kamarun)
8.00 pagi :             Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1
8.30 pagi :             Pertandingan Nyanyian Berkumpulan Tahap 2
9.00 pagi :             Persembahan Murid  4C
( Dengarlah Suara Kami)
9.05 pagi :             Penyampaian Hadiah Pertandingan
9.50 pagi :             Penyampaian Hadiah Tokoh Kanak-Kanak 2011
10.00 pagi :           Rehat
10.20 pagi :           Murid-murid bergerak ke kelas masing-masing untuk sesi P&P   mengikut jadual seperti biasa


GAMBAR PADA 21.10.2011 JUMAAT










Rabu, 19 Oktober 2011

Taklimat Pergigian 2011

Salam...Bangun pagi gosok gigi.....Pada jam 950 pagi telah diadakan taklimat pergigian dan juga ditunjuk ajar cara untuk menggosok gigi.Terima kasih kepada Klinik Pergigian Tebrau,Johor Bahru.

TAKLIMAT KE SMK TAMAN PELANGI 2011.

Salam...Tahun 6 Pintar dan Tahun 6 Cerdas telah menerima taklimat pada jam 1020 pagi (Khamis/ 20.10.2011) di Dewan Sri Pelangi dari tiga orang guru dari SMK Taman Pelangi,Johor Bahru iaitu Puan Gan,Cik Ange Chua Dan Puan Normahani. Pilihan ditangan anda semoga di mana sahaja anda berjaya akan dapat mencipta kejayaan dan mengharumkan nama ibu bapa kamu....Doa yang terbaik...!!!


Ahad, 16 Oktober 2011

PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAERAH JOHOR BAHRU 2011 PPDJB.

Salam...Panitia Pendidikan Islam dan JQAF SK Taman Pelangi telah menghantar 15 orang murid untuk sama-sama mengikuti Program Khatam Al-Quran yang bertempat di Masjid Jamek Taman Perling 2011 bermula jam 8 pagi hingga 1.30 petang.

MAJLIS KHATAM  AL.QURAN PERDAI\IA
PERINGKAT  DAERAH  JOHOR BAHRU TAHT]N 2011
DI MASJID  JAMEK TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU
8.00 pagi  -  Pendaftaran
9.00 pagi  -  Ceramah  oleh :-
Ustaz Mohd Rifqi Bin Myiddin
10.00 pagi  -  Khatam Al-Qwan
11.00 pagi  -  Ketibaan  Dif Kehormat
11.15 pagi  -  UcapanAlu-aluan
Tn Hj Bahrom  Bin Ali
Pegawai  Pelajaran  Daerah Johor Bahru
11.30 pagi  -  Ucapan Perasmian  Penutup  dan Penyampaian  Hadiah
Y.B. Dato' HajiZainal  Abidin Bin Haji Osman,
Pengerusi  Jawatankuasa  Agama Negeri Johor,
Kerajaan Negeri Johor.
12.00 tgh  -  Majlis Penyampaian Hadiah
12.30 tgh  -  Makan  Tengah  Hari dan Bersurai


KEM KAIZEN 2011

Salam...aktiviti Hari Kokurikulum di kem kaizen 2011 kembali semula. Pada hari Jumaat para peserta telah mula bergerak seawal jam 3 petang ke Kem Kaizen. Pada hari Sabtu 16/11/2011  berakhirnya Hari Kokurikulum yang diadakan di Kem Kaizen buat sekian kalinya. Matlamat untuk melahirkan anggota unit beruniform yang prihatin dan sentiasa peka kepada hal sekeliling telah berjaya dipupuk dalam diri satiap murid. Tahniah kepada 90 orang murid yang telah berjaya mengharungi aktiviti seperti:
1)  Memasang Khemah.
2)  Kembara Malam.
3)  Jungle Tracking.
4)  Aktiviti air.
Dan banyak lagi aktiviti lagi yang dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat sedaya upaya mengharungi 1 hari setengah di Kem Kaizen.Layan ape yer.....gambo ler...






Rabu, 12 Oktober 2011

KARNIVAL KEMAHIRAN HIDUP 2011.

Salam...Tahniah..! kepada Panitia Kemahiran Hidup iaitu Guru Panitianya Cikgu Mohd Syamsul kerana berjaya menganjurkan Karnival Kemahiran Hidup ( Elektronik ) yang disertai oleh 16 buah sekolah sekitar Johor Bahru. Tahniah..! kepada dua peserta kita iaitu adik Mohd Azrai dan Mohd Afiqe yang menyertai pertandingan ini dan mendapat tempat ke-6 dari 16 buah sekolah. Tahniah...! dengan rekaan "Tangki Pintar" yang dipertontonkan kepada umum. Layan gambar
1. SK Bandar Uda 2
2. SK Taman Perling 3
3. SK Taman Perling
4. SK Taman Impian EMas
5. SJK( T ) Jalan Yahya Awal
6. SK Taman Pelangi
7. SK Taman Mutiara Rini
8. SK Taman Skudai Baru
9. SK Infant Convent
10.  SK Tasik Utara
 Pendaftaran Peserta


 Tangki Pintar SK Taman Pelangi, Johor Bahru ( Tempat ke-6 )

Rabu, 5 Oktober 2011

PKBS 4-2011

Salam...sudah 2 hari berlansungnya PKBS-4. Semoga murid telah bersedia untuk menjawab soalan dan membaca lebih awal di rumah.Usaha dan ulangkaji lebih untuk Pendidikan Islam dan Soalan Jawi 6 bulan
ke-2. Baca juga mata pelajaran bahasa Arab. Laporan untuk jawi 6 bulan ke-2 akan dihantar pada masa terdekat. Usaha.....usaha lagi...

Star Rating Bilik J-QAF

Salam...baru tadi petang jam 2. 5.10.2011 Rabu, dua pegawai PPDJB iaitu Ustaz Zaidi dan Ustaz Norzaidi telah datang melawat ke Bilik J-QAF SK Taman Pelangi,JB untuk tujuan Star Rating. Alhamdulillah pencapaian Satar Rating Bilik J-QAF telah meningkat dari thun sebelumnya.Tahniah! Tahniah! kepada semua GPI dan Guru J-QAF yang telah bertungkus-lumus menyiapkan bilik J-QAF dan keperluannya. Kita telah mencapai Rating 4 bintang....