Rabu, 29 Ogos 2012

Meraikan Eidul Fitri 2012

Salam...warga SKTP sekali lagi memeriahkan Sambutan Syawal pada tahun ini dengan meraikan kemenangan Eidul Fitri si SKTP,JB. Meriah dan ceria. Ramai murid yang membawa kuih raya yang pelbagai bentuk dan sedap sangat-sangat... Majlis dimulai dengan Marhaban diketuai guru-guru lelaki dan murid lelaki tahun 6. Bacaan doa ziarah hari raya oleh Cikgu Nor Fahmi dan majlis diteruskan dengan menjamu selera.








Jumaat, 24 Ogos 2012

PEPERIKSAAN SEKOLAH AGAMA JOHOR 2012

Salam...Ibu Bapa dan semua warga SKTP. Peperiksaan sekolah Agama Johor 2012 akan bermula pada 27 Ogos hingga 30 Ogos ini. Sila bersedia dan pastikan anak tuan puan yang bersekolah agama telah menelaah buku pelajarannya. Kami Panitia Pendidikan Islam sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Ahad, 19 Ogos 2012

Salam Eid Mubarak 1433h/2012m

Salam... Selawat hari raya eidul fitri maaf zanier dan batin Dari panitia pendidikan Islam Johor bahru, semoga lebaran ini kita telah menjadi graduan ramadhan yang hebat. Tahniah....! Kepada murid yang genap berpuasa selama sebulan.


Program khatam al-quran 2012

Salam...dah syawal kedua baru dapat menulis di blog. majlis berlansung pada 15 Ogos 2012 di Dewan Sri Pelangi Johor bahru. Pelbagai program ihya ramadhan dah ihya syawal telah dilaksanakan. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum Encik Mohamad B Abdul Rahim, Bacaan doa oleh Encik Nik Hazimin, Majlis Khatam Al-Quran bermula jam 10.10 pagi sehingga selesai oleh murid tahun 6P dan 6C. Tahniah..! kepada murid-murid tahun ini yang berjaya khatam al-Quran sebaiknya. Doa khtam al-Quran telah dibacakan oleh Encik Nor Fahmi. Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada murid miskin dan yatim-piatu. Seterusnya penyampaian penghargaan dan terima kasih daripada Panitia Pendidikan Islam atas dedikasi adik Norfarhana yang bertanding dalam buku skrap Jawi Utusan Malaysia, beliau telah dihadiahkan bahan bacaan dan alat tulis. Panitia Pendidikan Islam juga menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohamad B Abdul Rahim ( GPK 1 ) atas kesudian merasmikan Majlis Khatam Al-Quran 2012. Majlis diteruskan dengan Ihya Syawal 2012/1433 yang dikelolakan oleh Encik Nor Fahmi. Semua murid lelaki tahun 6 telah berada di atas pentas untuk menunjuk cara Solat Eidul Fitri. Tahniah..! atas keberanian tampil ke atas pentas dan menunjuk cara solat eidul fitri. Kemudian semua murid tahun 6 dan guru lelaki berada di atas pentas untuk mempelajari takbir raya. Majlis diteruskan dengan peringatan tentang perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat eidul fitri. Majlis dimeriahkan dengan karaoke lagu-lagu eidul fitri seperti balik kampung dan sebagainya. Majlis telah tiba ke penghujungnya dengan majlis selawat dan bermaafan sesama murid dan guru. Kemaafan yang terindah....












Jumaat, 3 Ogos 2012

Perasmian Kibar Jalur Gemilang Peringkat SKTP 2012

SALAM...27 Julai 2012 - Kempen Kibarkan Jalur Gemilang wahai warga SKTP telah bermula. Mereka menyanyi dengan penuh semangat, kerana  mereka begitu cintakan negara mereka Malaysia. Di umur semuda mereka, walaupun di Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak namun demikian "hubbul watani" semangat cintakan negara bersemarak di dada anak warga SKTP. Tiup semangat ini dengan kibar bendera Malaysia tanda cinta luhur pada tanahair.
Panitia Pendidikan Kajian Tempatan, Panitia Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan, Panitia Seni Visual serta Panitia Muzik sama-sama berganding bahu meraikan 55 tahun negara Merdeka dengan pelbagai aktiviti yang menarik dari mewarna, kempen kibarkan jalur gemilang, melukis poster, mewarna kad hari raya dan juga pelbagai aktiviti lain. 



 Berusaha... Cantik lukisan adik-adik PRA Sekolah 2012