Rabu, 26 September 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKTP 2012

Salam..pada 29 September 2012 ini mulai jam 8 pagi akan diadakan kejohanan sukan bagi acara Balapan yang bakal dirasmikan oleh YB Mok Chek Hou ( ADUN STULANG). Semua dijemput hadir.
belum ada gambar untuk tontonan..
dah aderrrr......1/10/2012















Ahad, 16 September 2012

Lawatan ke LEGOLAND 2012/PRA DAN TAHUN 1

Salam..warga SKTP baru-baru ini satu lawatan telah diadakan ke Legoland Malaysia di Nusajaya,Iskandar Malaysia. Seramai 60 murid telah dibawa untuk melihat persekitaran Legoland yang baru dibuka..menarik dan sungguh teruja murid-murid kerana diberi tiket percuma ke sana. Layan gamabar..





Majlis Penghallan Ilmu 2012/UPSR Tahun 6

Salam...satu majlis ringkas telah diadakan pada 10hb September 2012 iaitu sehari sebelum semua pelajar UPSR Tahun 6 menduduki peperiksaan. Semua murid tahun 6 telah menyatakan ikrar yang mereka akan cuba sadaya upaya memperoleh 5A dalam semua matapelajaran. Mereka juga telah diberi sedikit kata-kata motivasi dan ingatan oleh Cikgu Norsyawalnina. Titis air mata meyakinkan bahawa mereka akan berusaha dengan sebaiknya..Kita doakan kejayaan mereka...



 CIKGU...DOAKAN KAMI DAN HALALKAN SEGALA ILMU YANG DIBERIKAN..TERIMA KASIH CIKGU...!


Jumaat, 7 September 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

Salam...buat para pelajar tahun 6 UPSR 2012 selamat menduduki UPSR pada 12,13 dan 14 September 2012 dan semoga berjaya. Anda boleh melakukan....selamat berjaya. Doa seluruh warga SKTP,JB bersama dengan anda semua.