Ahad, 22 Julai 2012

SALAM RAMADHAN 2012

Salam...Ramadhan datang lagi. Penuhi dengan amal dan ibadah yang tidak berkesudahan. Tahun sambutan seperti tahun sebelum ini. Bermula 23 Julai 2012 Isnin telah diadakan Majlis Taddarus Al-Quran 2012. Tahun 4,5 dan 6 di surau SKTP dan Tahun 1,2, dan 3 di Kantin SKTP,JB.



Selasa, 10 Julai 2012

Solat Hajat Perdana 2012

Salam..pihak sekolah dan pihak PIBG telah bersama-sama mengadakan solat hajat bagi murid UPSR pada 6 Julai 2012 yang lalu (Jumaat). Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dan membawa sepiring kuih juadah untuk makan malam. YDP PIBG Y.M Raja Abdul Hamid juga turut dapat hadir bersama dalam majlis tersebut. Terima kasih. Kita doakan semoga murid UPSR tahun lebih cemerlang. INsyaallah.

Isnin, 9 Julai 2012

1Murid 1 Sukan

Salam..hari ini SKTP telah menjayakan program KPM. 1MURID 1 SUKAN di dataran Kejat SKTP,JB.







Ahad, 8 Julai 2012

Sukan Tara 2012

Salam...putera puteri SKTP pada 27 Jun dan 4 Julai 2012 pada hari RABU waktu Kokurikulum telah berlansungnya Sukan Tara di Padang SKTP. Walaupun padang SKTP sedang dibaik pulih namun demikian Sukan Tara dapat juga dilaksanakan dengan lancar hasil dedikasi para guru.





Kem Sahsiah 2012

Salam...putera dan puteri SKTP pada 6 dan 7 Julai 2012 pihak Bimbingan Kaunseling telah mengadakan Kem Sahsiah murid. Seramai 96 orang terlibat dan mendaftar diri. Seawal jam 2.30 murid telah mula mendaftarkan diri dengan pelbagai aktiviti. YDP PIBG telah bersetuju untuk merasmikan kem sahsiah. Beliau berharap dengan aktiviti ini diharapakan murid akan terbina sahsiahnya dari dalam diri dan bermotivasi.
Layan aktiviti sepanjang kem sahsiah..










Rabu, 4 Julai 2012

HARI TERBUKA SKTP 2012

Salam...pada 16 Jun 2012 telah berlansungnya HARI TERBUKA 2012 bagi SKTP,JB. Pelbagai gerai disediakan bagi menarik pengunjung ke SKTP,JB. Gerai jualan barangan yang di berikan oleh murid-murid juga mendapat sambutan yang baik. Kehadiran ibu bapa kali ini amat baik. Pihak sekolah juga bertuah kerana Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk membuat pemeriksaan percuma di Balai Bacaan. Ramai pengunjung terutama guru tidak melepaskan peluang untuk memeriksa kesihatan secara percuma ini.
Semoga Hari terbuka 2012 ini akan memberikan impak dan keberkesanan kepada pembelajaran murid di Penggal Kedua kelak.










Salam..musim peperiksaan hampir tiba. UPSR 2012 bergegar lagi dengan pelbagai program menjana minda murid agar lebih bersedia. Persatuan Bahasa Malaysia SKTP,JB telah mengadakan program mempertingkatkan kefahaman dalam Bahasa Malaysia yang diadakan pada 28 Jun yang lau di Dewan Sri Pelangi dengan menjemput penceramah yang menanda Kertas Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Shahrin. Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Semoga SKTP,JB cemerlang dunia dan akhirat. 





Tahniah ! bagi mengharumkan SKTP

Salam...putera puteri SKTP,JB. Tahniah...! diucapkan kepada Adik Dinesh A/L Sam Chai murid tahun 6 yang telah memenangi pingat emas dalam acara light weight taekwando pada bulan Jun yang lalu. Beliau telah mengharumkan nama sekolah sejak Persatuan Taekwando sekolah di laksanakan di SKTP,JB.
Tahniah...! kepada Adik Nina Suharni yang juga telah memenangi pertandingan Khat di Ihtifal Kokuria 2012 bertempat di SK Taman Universiti 3, Johor Bahru pada 23 Jun 2012 yang lalu.
Tahniah...! dari warga SKTP kepada adik berdua. Kepada para peserta yang juga menyertai pertandingan Ihtifal Kokuria bahasa arab yang melibatkan penyertaan sebanyak 55 buah sekolah di sekitar Daerah Johor Bahru.