Jumaat, 11 Mac 2011

Gempa Bumi

Kedudukan Gempa bumi yang berlaku pada 5 Februari 2005. Kekuatan ialah pada 7.2 ritcher dan pada kedalaman 486.3km 
Secara kebetulan pula telah berlaku gempa bumi di Laut Celebes selatan Filipina. 


Kedudukan gempa ialah pada kedudukan berikut: 

Lokasi : 5.36 Utara, 123.23 Timur 
Kekuatan Gempa : 7.2 ritcher 
Kedalaman: 486.3km 
Tarikh : 5 Februari 2005 
Masa : 8:23.15 malam waktu Malaysia 

Menerusi banyak panggilan yang diterima menunjukan suasana panik dikalangan orang awam telah terjadi. Paling ketara ialah bagi kawasan Pantai Barat Negeri Sabah. 

Sebenarnya pada tahap kedalaman lebih daripada 486 kilometer di dalam tanah, kemungkinan untuk berlakunya tsunami adalah rendah. Berbanding dengan kejadian di Acheh pada 26 Disember 2005, tahap kedalaman gempa ialah 10 kilometer sahaja. Dalam ertikata lain gempa di Celebes ini berlaku jauh didalam tanah dan amat sedikit kemungkinan untuk berlakunya tsunami. 


Difahamkan bahawa ada sesetengah orang awam di kawasan Kota Kinabalu yang mengunjungi pusat-pusat ibadah seperti masjid. 

Perlu difahamkan disini bahawa gempa ini adalah berlaku di Pantai Timur Negeri Sabah, sepatutnya penduduk di Kawasan Pantai Barat Sabah tidaklah terlalu panik kerana sekiranya berlaku tsunami sakalipun, hanya Kawasan Pantai Timur yang akan terjejas. 

Walaubagaimanapun kita faham bahawa kemungkinan "TRAUMA ACHEH" masih menghantui pemikiran orang ramai. 


Amaran Tsunami telah dibatalkan melalui siaran radio Kota Kinabalu pada jam 2:24 pagi
6 Februari 2005, yang disiarkan melalui radio. Keudara di radio ialah Supertendan Abdul Karim Abu Bakar Merangkap Ketua Trafik Dan Keselamatan Negeri Sabah, IP KK
 

Artilel Berkaitan dari laman web PUSKAL 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan