Jumaat, 20 Mei 2011

PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS 2011

PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS SEKOLAH-SEKOLAH 
DAERAH JOHOR BAHRU, SK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU.

SKTP yang beralamat di JKR 5183,Jalan Kuning,Taman Pelangi,80400 Johor Bahru, 
telah dibina di atas tapak seluas 14 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi 
oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan 
Perumahan Taman Pelangi dan berdekatan pula dengan Giant,Taman Pelangi.
Sepertimana yang diketahui bahawa Majlis Pelancaran Program  Hutan Kita@Schools
Johor Bahru, telah berlangsung seperti yang dijadualkan pada  9 April 2011 (Sabtu)  jam 8.00 pagi bertempat  di  SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang mana dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Jeanne  Abdullah, Pengerusi Landskap Malaysia dan
ENO Mother of Malaysia.
Program Hutan Kita@Schools peringkat SK Taman Pelangi pula telah dirasmikan pada 
19 Mei 2011 pada hari Khamis. Puan Mastura Binti Idris, Guru Besar SK Taman Pelangi telah meluangkan masa menanam pokok-pokok yang dibekalkan oleh pihak MBJB.
Beberapa tempat telah diperuntukkan bagi tujuan program ini.
Semoga dengan program ini akan menghijaukan lagi kawasan sekolah. Landskap Malaysia menganjurkan program ini Johor Bahru bertujuan mengajar murid-murid bertanggungjawab menghindari kesan rumah hijau dan membiasakan murid dengan suasana menghijau dan nyaman dengan tumbuh-tumbuhan.
Semoga program ini akan memberikan kesan jangka masa panjang terhadap 
alam sekitar dan suasana sekolah SK Taman Pelangi, Johor Bahru.
LAMPIRAN BERGAMBAR PROGRAM HUTAN KITA@SCHOOLS
 2011 SK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan