Selasa, 21 Jun 2011

Tentang Makanan

JAKIM SAHKAN HP SAUCE, 

TABASCO PEPPER SAUCE MENGANDUNGI DNA BABI

 







1) 15 JUN 2011

PETIKAN UTUSAN : Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce 

mengandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru 
Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco 
Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki 
sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam 
produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam 
Malaysia (Jakim),Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan 
proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak 
daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut
dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat 
DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit 
pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya 
dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky 
Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa 
serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam 
produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan 
Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan 
berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan
Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.


2) 19 JUN 2011

PETIKAN THE STAR/ASIA NEWS NETWORK : OUR SAUCES DON'T 
CONTAIN PIG DNA, SAY COMPANIES

PETALING JAYA, Malaysia - HJ Heinz and McIlhenny Company, the brand
 owners of HP Sauce and Tabasco pepper sauce respectively, have 
denied claims that the products were not halal-certified.

The companies said HP Sauce and Tabasco were in full compliance 
with regulatory  guidelines by halal-certification bodies.

"HP Sauce is certified halal by Halal Audit Company, an Islamic 
certification  authority in the Netherlands where the factory is located.

"Heinz, which is the manufacturer of HP Sauce, has done tests for 
traces of pig  DNA and has submitted the results to the Malaysian Islamic
 Development Department (Jakim) and no trace of pig DNA was found,
'' the companies said in a statement.

Mcllhenny said Tabasco was certified halal by the Islamic Food and 
Nutrition Council of America, an Islamic authority in the United States.

The company said Tabasco sauce used only natural ingredients and did not 
contain any animal by-product.

-The Star/Asia News Network

Tiada ulasan:

Catat Ulasan