Salam.... Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Bagi tujuan itu seorang muslim sejati perlulah dilatih untuk mengenal jalan kesusahan sebelum menuju ke jalan yang dipermudahkan Allah. Pada 22hb September 2011 yang lalu Persatuan Ad-Din dengan 25 orang murid dan 3 orang guru meredah sekitar Taman Pelangi di Jalan Hijau Muda dan Kelabu untuk menyebarkan Ziarah Marhaban sempena Syawal yang mulia di 3 buah rumah yang telah bersetuju untuk mengundang kami untuk program kemasyarakatan ini iaitu Program Ziarah Marhaban 2011. Menariknya hujan lebat tetap diredhai, lorong berdenai di lalui dengan kesukaran sebegini akhirnya program ini mendapat sambutan hebat dari tuan rumah.Alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya walaupun diminta tidak menyediakan apa-apa juadah untuk kami tapi kami telah disantuni dengan rezeki yang melimpah ruah dari tuan rumah. Teriam kasih dari Persatuan Ad-Din dan pihak sekolah khasnya.
Semoga program ini akan dapat kita teruskan di syawal akan datang dan semoga dibri limpahan kesihatan dan rezeki yang seluasnya dari ILAHI bagi meneruskan Usaha dikit ini. Sokongan dari Puan Mastura Bt Idris serta dokongan para guru dan Ibu Bapa yang prihatin tentang Usaha ini amat kami hargai dan moga Allah jua membalasnya. Amin. Layan gambar.
Rumah Pertama Di Hijau Muda- En Pauzi Bin Saperi @Sapari
Merentas antara deretan rumah dan denai-denai untuk ke Lorong Kelabu.
Rumah ke 2- Puan Siti Ruhayah Ithnin-Kunjungan yang disambut meriah.
Merentas pepohon merendang untuk ke rumah yang ketiga.
Berziarah marhaban di Rumah Encik Parizon Bin Yaacob. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan