Memaparkan catatan dengan label Bacalah...putera puteri SKTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bacalah...putera puteri SKTP. Papar semua catatan

Rabu, 30 November 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN ...

Doa awal dan akhir tahun
Beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru Islam, yaitu tahun 1433 Hijrah. Meskipun banyak dari sebagian kita umat Islam yang memandang 'biasa-biasa saja' tahun baru Islam ini namun sesungguhnya saat pergantian tahun baru Islamlah saat yang paling tepat untuk memulai sebuah resolusi baru.
'Resolusi baru', seperti itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebagian saudara-saudara kita saat mereka merayakan pergantian tahun baru Masehi. Namun sebenarnya saat yang tepat untuk memulai resolusi baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam. Mengapa?
Untuk menjawab pertanyaan di atas kita akan melihat sekilas jauh ke belakang tentang asal muasal dimulainya perhitungan tahun/kalendar Islam (hijriyah). Ketika itu khalifah Umar bin Khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya memutuskan untuk menggunakan tahun dimana Rasulullah Saw. berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai awal permulaan perhitungan kalendar Islam. Momentum hijrah Rasulullah Saw. dianggap mewakili 'era baru', karena bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil melepaskan diri dari kota Mekkah yang sudah tidak kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan Islam sehingga beliau berhasil membangun mental dan spiritual bagi umat Islam yang terasa sampai sekarang ini.
Para solihin mengajarkan kita untuk berdoa ketika menjelang pergantian tahun. Dan dibawah ini adalah doa akhir tahun dan awal tahun yang lafaznya cukup terkenal karena banyak terdapat di buku-buku doa.
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Zat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya

Jumaat, 4 November 2011

Salam Eid Adha 2011

Salam...Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha. Warga SKTP akan mula bercuti mulai 5 Sabtu -7 Isnin 2011. Semoga ibunda dan ayahanda, atuk,nenek yang menunaikan haji mendapat haji Mabrur, Insyaallah. Solat Hari Raya Adha akan bermula jam 8.30 pagi di Masjid Taman Pelangi. Jangan lupa dengan ibadah korban yang diadakan di Masjid tersebut selepas solat hari raya haji..datang beramai-ramai.

Ahad, 23 Oktober 2011

PKSR 2/2011


Salam...Putera-puteri SKTP pada 01/11/2011 akan bermulanya peperiksaan PKSR 2. Semoga adik-adik berusaha dan di waktu cuti Perayaan Deepavali 22-30/10/2011 diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Insyaallah guru-guru doakan akan berjaya jika Usaha, Doa dan Tawakal padaNYA.

Rabu, 5 Oktober 2011

PKBS 4-2011

Salam...sudah 2 hari berlansungnya PKBS-4. Semoga murid telah bersedia untuk menjawab soalan dan membaca lebih awal di rumah.Usaha dan ulangkaji lebih untuk Pendidikan Islam dan Soalan Jawi 6 bulan
ke-2. Baca juga mata pelajaran bahasa Arab. Laporan untuk jawi 6 bulan ke-2 akan dihantar pada masa terdekat. Usaha.....usaha lagi...

Sabtu, 3 September 2011

Solat Hari Raya Fitrah



Solat Sunat Hari Raya Fitrah : 
Solat sunat dua rakaat satu salam dilakukan 
pada pagi hari raya fitrah sebagai tanda 
selesainya puasa sebulan di bulan Ramadhan, 
iaitu pada pagi 1 Syawal selepas terbit matahari 
pagi berkenaan. Walau bagaimanapun ianya 
boleh dilakukan pada bila-bila masa 
pada hari tersebut.

Lafaz niatnya ialah : 
“Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat 
kerana Allah taala”
 atau 
"Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat 
makmum kerana Allah taala”.

Caranya :
Rakaat pertama: selepas doa iftitah bertakbir
sebanyak 7 kali dan setiap lepas takbir 
bacalah doa:
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
 ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

kemudian bacalah surah Al-Fatihah
Rakaat kedua: sebelum fatihah bertakbir 
5 kali dengan diselangi bacaan lafaz takbir 
seperti di atas.

Jumaat, 2 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Salam majlis Khatam Al-Quran yang sungguh meriah telah diadakan di SKTP bertempat di Dewan Sri Pelangi seawal jam 7.20 pagi.

07.20    : Murid berkumpul di
  Dewan Sri Pelangi
07.30  : Bacaan Doa
            (Ustaz Mohd Rizalman Ashari)
07:40  : Ucapan Guru Besar  dan   
             Perasmian
           ( Pn. Mastura Binti Idris)
07.50  :  Khatam Al-Quran
08.40  :  Majlis Ihya` Syawal.
08.50  :  Penyampaian sumbangan
              Hari Raya kepada anak yatim
              dan miskin dan penyampaian
             hadiah
             Bermaafan
09.30  :  Murid kembali ke kelas.
 UCAPAN PERASMIAN MAJLIS OLEH PUAN MASTURA BINTI IDRIS GURU BESAR SKTP.
 BERMULANYA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011 OLEH MURID TAHUN 6.
SESI JQAF 2006-2011.
PARA KHATAM AL-QURAN YANG BAKAL MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN SEUMUR HIDUP.YA ALLAH, JADIKAN MEREKA-MEREKA INI YANG SENTIASA MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENDAMPING DALAM HIDUP MEREKA.AMIN...
 MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL DAN SAGUHATI KEPADA MURID KHATAMAAL-QURAN 2011/TAHUN 6.
TAHNIAH..! TAHNIAH...! TAHNIAH...!

Rabu, 29 Jun 2011

Isra` Dan Mikraj

Salam malam ini 27 Rejab 1432 bersamaan dengan 29 Jun 2011
Rabu kita umat Islam bersama memperingati peristiwa Isra` dan Mikraj.


Rejab bermaksud Ta'azim
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam. Rejab bererti kebesaran. Bulan ini merupakan bulan yang mulia dalam Islam sejak zama Jahiliah lagi. Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan haram yang empat.
Di dalam bulan ini kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.

Amalan puasa di dalam bulan Rejab adalah salah satu cara menambah pahala amal ibadat kita untuk menjauhkan diri dari segala maksiat. Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allahsubhanahu wa ta'ala (bulan Rejab) maka ia memperolehi ganjaran dari Allahsubhanahu wa ta'ala. Selain itu kita juga digalakkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya dan melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.

Isnin, 23 Mei 2011

Akhlak Malu

Kaum muslimin sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan memelihara rasa malu, kerana hal itu sebahagian daripada iman yang menjadi akidah dan pedoman hidupnya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh lebih cabangnya. Yang paling utama ialah La ilaha Illallah (tiada Tuhan selain Allah). Yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan. Dan malu itu satu cabang dari iman. " (Bukhari Muslim)

Mengapa malu sebahagian daripada iman? Kerana keduanya menyeru kepada kebajikan dan menolak yang munkar. Iman merupakan daya pembangkit bagi orang mukmin untuk membuat ketaatan dan meninggalkan maksiat.

Rasa malu selalu membimbing orang untuk bersyukur kepada Allah SWT dan mencegah berperilaku buruk atau mengatakannya, sebab takut mendapat celaan dan cercaan. Dengan demikian ia akan mendatangkan kebaikan sebagaimana hadis menyebutkan :

"Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan." (Bukhari Muslim)

Dan hadis riwayat Muslim :

"Malu itu semuanya baik."

Lawan malu adalah kotor dan keji. Iaitu kotor dalam perkataan, perbuatan dan berkata kasar. Orang Muslim tidak akan berkata kotor dan kasar, tidak pula keras dan bengis kerana sifat demikian adalah sifat ahli neraka sedang orang Muslim itu insyaAllah ahli syurga. Kaum muslimin yang memiliki rasa malu tidak akan membuka auratnya, mengabaikan kewajiban, menolak yang makruf yang disodorkan orang kepadanya dan tidak akan membicarakan sesuatu yang tidak baik. Orang Muslim akan malu terhadap Khaliknya. Dia akan taat kepada-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya. Hal itu kerana kekuasaan dan ilmu Allah. Seperti yang dikatakan oleh Ibn Mas'ud :

" Malu lah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya. Peliharalah perut dan yang dikandungnya serta ingatlah akan kematian dan kehancuran." (Munziri, hadis marfu. Ia menegaskan kata-kata itu dari Ibn Mas'ud)

Khamis, 28 April 2011

Membaca Tangga Kejayaan



Salam  Kini telah masuknya bulan Jamadil Awal dan akhir bulan April
Diingatkan pada bulan Mei akan berlangsungnya peperiksaan
Setara Setengah Tahun 2011.
Adik-adik SK Taman Pelangi dah bersediakah?
Dah mula membaca buku dan mengingat perkara-perkara penting dalam
pelajaran.Kena sedia awal putera-puteriku.
Dsini disenaraikan fasa persediaan buat putera puteri SKTP.






1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.