Ahad, 19 Ogos 2012

Program khatam al-quran 2012

Salam...dah syawal kedua baru dapat menulis di blog. majlis berlansung pada 15 Ogos 2012 di Dewan Sri Pelangi Johor bahru. Pelbagai program ihya ramadhan dah ihya syawal telah dilaksanakan. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum Encik Mohamad B Abdul Rahim, Bacaan doa oleh Encik Nik Hazimin, Majlis Khatam Al-Quran bermula jam 10.10 pagi sehingga selesai oleh murid tahun 6P dan 6C. Tahniah..! kepada murid-murid tahun ini yang berjaya khatam al-Quran sebaiknya. Doa khtam al-Quran telah dibacakan oleh Encik Nor Fahmi. Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada murid miskin dan yatim-piatu. Seterusnya penyampaian penghargaan dan terima kasih daripada Panitia Pendidikan Islam atas dedikasi adik Norfarhana yang bertanding dalam buku skrap Jawi Utusan Malaysia, beliau telah dihadiahkan bahan bacaan dan alat tulis. Panitia Pendidikan Islam juga menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohamad B Abdul Rahim ( GPK 1 ) atas kesudian merasmikan Majlis Khatam Al-Quran 2012. Majlis diteruskan dengan Ihya Syawal 2012/1433 yang dikelolakan oleh Encik Nor Fahmi. Semua murid lelaki tahun 6 telah berada di atas pentas untuk menunjuk cara Solat Eidul Fitri. Tahniah..! atas keberanian tampil ke atas pentas dan menunjuk cara solat eidul fitri. Kemudian semua murid tahun 6 dan guru lelaki berada di atas pentas untuk mempelajari takbir raya. Majlis diteruskan dengan peringatan tentang perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat eidul fitri. Majlis dimeriahkan dengan karaoke lagu-lagu eidul fitri seperti balik kampung dan sebagainya. Majlis telah tiba ke penghujungnya dengan majlis selawat dan bermaafan sesama murid dan guru. Kemaafan yang terindah....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan