Ahad, 28 Oktober 2012

PERTANDINGAN SIVIK DAN SAINS ZON MAJIDEE

AsSalam- Baru-baru ini pada 15 Oktober 2012 Panatia Sains telah terlibat dalam pertandingan EUREKA SAINS dan terdapat 2 orang pemenang dalam pertandingan ini. Maisng-masing menerima piala kemenangan tempat kedua bagi acara yang dipertandingkan. Manakala pada pertandingan Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan para peserta yang menyertai pertandingan buku skrap dan telah memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori tahun 4 dan tahun 5 dan 6 (ketiga) pada bulan Ogos Zon Majidee.Tahniah...! kepada semua peserta kerana berjaya mengharumkan nama sekolah SKTP. Masih ingat dengan murid bernama Norfarhana Abdul Rahman? Pada hari ini 29.10.2012 ( Isnin) beliau telah menerima chek berjumlah RM100 dari pihak UTUSAN MELAYU kerana berjaya mendapat tempat saguhati bagi pertandingan buku skrap jawi yang pernah PAIS paparkan sebelum ini. Tahniah...! kepada anak didik SKTP dan guru yang bersama menaikkan nama sekolah dan berusaha sedaya mungkin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan