Ahad, 28 April 2013

Karnival SKI,JB pada 28.04.2013

AsSalam...berada di karnival SKI pada ahad 28.4.2013 macam-macam ada...

Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru (SKIJB) ditubuh dan dikelolakan oleh Persatuan Bagi Kanak-Kanak  Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ) sejak 1988. Dirasmikan pada 8hb. September 1989 oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Besar Johor ketika itu.
Bangunan SKIJB dibina di atas sebidang tanah seluas 0.25 ekar kurniaan Kerajaan Negeri Johor, di Lot 17882 Jalan Gertak Merah Johor Bahru.
 

Blok Bangunan Lama (Tahun 1988- 2001)


Kompleks baru Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru dibina oleh PBKKAJ di atas sebidang tanah kurniaan Kerajaan Negeri Johor keluasan 0.75 ekar bersebelahan bangunan blok lama sekolah . Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor pada 12 November 1999 dan siap akhir tahun 2001. Kompleks baru sekolah siap dan mula digunapakai pada awal tahun 2002.



 Ni hasil RM30 je...macam-macam  dapat..Maggie pun ada?
Lawat laman web di orang dapat info lebih dan menyumbang untuk di orang punya aktiviti.

Hadis

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan