Isnin, 9 Januari 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1/ 2012.

Salam...Putera puteri SKTP telah mula mendaftar pada 3/01/2012. Menarik dan banyak wajah ceria yang sangat menarik untuk dilihat. Pengalaman pertama mereka di sekolah. Pendaftaran tahun 1 di Dewan Sri Pelangi manakala Pra Sekolah di Anjung Bacaan. Berjalan lancar dengan penerangan Puan Norasikin yang masih di SKTP tentang LINUS dibantu oleh Puan Noorfirdaus. Taklimat yang bermakna dan berguna oleh Puan Zalina Ibrahim GPK HEM,SKTP.
Taklimat di Pra sekolah oleh Puan Amera dan juga Encik Rizalman. Manakala Encik Muhammad GPK,SKTP memberikan maklumat berguna untuk ibu bapa Pra 2012. Berjalan lancar dan menarik sekali dengan keletah putera puteri SKTP ketika mengambil ujian saringan LINUS di Tahun 1. Apa yang menarik terdapat kembar tahun ini...layannnn






Tiada ulasan:

Catat Ulasan