Memaparkan catatan dengan label Macam-macam di SKTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam di SKTP. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2012

Solivite Di SKTP 2012

Salam.... Solivite lagi dan lagi bagi tahun 2012... murid gembira dan rasa seronok.


Rabu, 21 Mac 2012

LDP 2012

Salam...semua guru SK Taman Pelangi baru saja menerima taklimat e-operasi dan kursus membuat blog. dari
En. Mohd Hafidz dan Encik Anizan di Makmal Bestari Pelangi pada 21 Mac 2012. Layan




Selasa, 13 Mac 2012

Kelas Tambahan Tahun 5 dan 6.

Salam..Putera puteri SKTP kelas tamabhan tahun 5 dan 6 akan diadakan mulai Isnin 12 MAC hingga Rabu 14 MAC 2012. Diminta semua murid tahun 5 dan 6 dapat hadir dan memartabatkan pencapaian sekolah 2012.
Sekian Terima Kasih.

Isnin, 12 Mac 2012

Pemberian Wang RM100




Salam..telah berlansungnya majlis pemberian KWAMP dan wang RM100 kepada murid tahun satu pada 9 Mac 2012 Jumaat. Layan gambar penerima..

Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah,Hafazan Dan Kuiz Bahasa Arab 2012

Salam...Putera Puteri SK Taman Pelangi, telah berlansungnya penyampaian hadiah dan saguhati sempena pertandingan-pertandingan yang telah PAIS laksanakan sebelum ini. Bertempat di Dewan Sri Pelangi telah berlansungnya penyampaian hadiah ini oleh Puan Mastura Bt Idris ( Guru Besar SK Taman Pelangi ).
Selepas majlis Membudayakan AQ yang diadakan setiap minggu di Dewan Sri Pelangi.
Tahniah...! kepada para pemenang. Yang tidak bernasib baik sila beri komitmen anda dan tunjukkan bakat anda...SKTP Terbaik...!



Jumaat, 2 Mac 2012

Pelancaran Program NILAM Dan Minggu Anti Dadah 2012

Salam..Putera puteri SK Taman Pelangi. Majlis Pelancaran Program NILAM telah dirasmikan di Padang Perhimpunan pada jam 7.20 pagi oleh Puan Zarina Bt Ibrahim (GPK HEM) SK Taman Pelangi. Murid-murid juga telah bersama-sama menyanyikan lagu NADI ILMU MEMBACA.
Pada jam 9.50 27 Februari 2012 pagi telah dilancarkan satu lagi program Majlis Minggu Anti Dadah SK Taman Pelangi,JB yang diadakan di Dewan Sri Pelangi. Bacaan Doa oleh Adik Mohd Azrai manakala Perutusan Minggu Anti Dadah telah dibacakan oleh Puan Ahsathiamal (GPK Kokurikulum) SK Taman Pelangi, Perasmian telah dilancarkan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Rahim (GPK Kurikulum) dan dengan memecahkan "Kotak Anti Dadah SKTP". Bacaan "Anti Dadah SKTP" dibacakan oleh Adik Nik Mohd Fazmi dari 6P iaitu salah seorang AJK Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Pelangi. Murid-murid dan guru pula menyanyikan lagu "Anti Dadah, Kami Benci Dadah" dengan penuh semangat. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan selama seminggu dengan tayang video "Aku Mahu Pulang" dan mewarna tahap 1, Melukis Poster Tahap 2 serta teka silangkata.
Menarikkk......................








Ahad, 29 Januari 2012

Majlis Kepimpinan 2012

Salam...pada 20 Januari 2012 ( Jumaat ) telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengerusi Unit Beruniform SK Taman Pelangi di Dewan Sri Pelangi.
Puan Zarina Bt Ibrahim GPK HEM SK Taman Pelangi telah sudi merasmikan Kursus Kepimpinan 2012. Penceramah jemputan ialah Encik Fadzlan Bin Hasran dari SMK Dato` Syed Nasir,Kg. Melayu Majidee Johor Bahru. Kemudia sesi LDK telah dikelolakan oleh Encik Nor Fahmi dan rakan-rakan fasilitator yang lain.
Layan...






Jumaat, 13 Januari 2012

Tahukah Anda?

Makluman Kepada Ibu Bapa

Salam...Ibu Bapa/Penjaga tahukah anda?
Terdapat beberapa orang guru telah bertukar 

atau pun berpindah ke sekolah lain:-
1)  Puan Fatimawati Mohamed - Matematik/Sains      
15 tahun di SKTP
2)  Puan Hajah Alice Abd Ghani - Bahasa Inggeris    

 17 tahun SKTP
3)  Puan Norasikin Md Noh - Bahasa Malaysia         

12 tahun di SKTP
4)  Puan Nik Farida Nik Jusoh@Ismail                      

2 tahun di SKTP
5)  Encik Roslan Md Aris                                          

4 tahun di SKTP

Menerima guru baru
1)  Puan Gunasundari - Bahasa Inggeris                     

Pengalaman 22 tahun
2)  Puan Hamidah - Bahasa Inggeris                          

Pengalaman 17 tahun
3)  Encik Anizan - Matematik                                    

Pengalaman 4 tahun

Semoga SK Taman Pelangi akan terus cemerlang 

dengan penampilan guru baru dan juga dengan 
sokongan dari Ibu Bapa / Penjaga murid. 
Doakan kejayaan UPSR 2012 
dan semua murid.

Isnin, 9 Januari 2012

Lantikan Pengawas 2012

Salam...Pada 09/01/2012 Isnin di Tapak Perhimpunan SKTP,JB telah berlangsungnya majlis perlantikan pengawas SKTP,JB bagi 2012. Pada tahun ini seramai 36 murid telah dilantik. Semoga mereka akan memberikan komitmen yang terbaik untuk sekolah.




PENDAFTARAN TAHUN 1/ 2012.

Salam...Putera puteri SKTP telah mula mendaftar pada 3/01/2012. Menarik dan banyak wajah ceria yang sangat menarik untuk dilihat. Pengalaman pertama mereka di sekolah. Pendaftaran tahun 1 di Dewan Sri Pelangi manakala Pra Sekolah di Anjung Bacaan. Berjalan lancar dengan penerangan Puan Norasikin yang masih di SKTP tentang LINUS dibantu oleh Puan Noorfirdaus. Taklimat yang bermakna dan berguna oleh Puan Zalina Ibrahim GPK HEM,SKTP.
Taklimat di Pra sekolah oleh Puan Amera dan juga Encik Rizalman. Manakala Encik Muhammad GPK,SKTP memberikan maklumat berguna untuk ibu bapa Pra 2012. Berjalan lancar dan menarik sekali dengan keletah putera puteri SKTP ketika mengambil ujian saringan LINUS di Tahun 1. Apa yang menarik terdapat kembar tahun ini...layannnn






Rabu, 30 November 2011

Walimatul urus 2011

Salam...Tahniah! dari PAIS SKTP diucapkan kepada cikgu Izzatie di atas perkahwinan beliau di Dewan IPD SG Petani pada 27 Nov. 2011 bersamaan 2 Muharam 1433.Ramai juga guru yang hadir, macam2 ada di majlis tersebut dan kami dari Johor menjamu selera pada malamnya di Bakar Arang,S.Petani Kuey Teow Udang,Terbaek!
 Tahiniah! Semoga bahagia dan ceria selalu.



Khamis, 17 November 2011

JAMUAN 2011 DAN PERPISAHAN GURU.

Salam..19.11.2011 Majlis Jamuan Guru telah diadakan di Puteri Pan Pac JB, meriah dan amat menyedihkan terutama kepada 4 orang guru yang akan bertukar ke sekolah pilihan mereka. Semoga jasa guru ini dikenang dan dipohon kepada mereka agar dihalalkan ilmu yang diajar...Terima Kasih Cikgu Fatimawati, Cikgu Alice, Cikgu Wan Noraiani dan Cikgu Roslan... Majlis Jamuan terbaek...! 10 tahun SK Taman Pelangi dan guru2nya....