Jumaat, 2 Mac 2012

Pelancaran Program NILAM Dan Minggu Anti Dadah 2012

Salam..Putera puteri SK Taman Pelangi. Majlis Pelancaran Program NILAM telah dirasmikan di Padang Perhimpunan pada jam 7.20 pagi oleh Puan Zarina Bt Ibrahim (GPK HEM) SK Taman Pelangi. Murid-murid juga telah bersama-sama menyanyikan lagu NADI ILMU MEMBACA.
Pada jam 9.50 27 Februari 2012 pagi telah dilancarkan satu lagi program Majlis Minggu Anti Dadah SK Taman Pelangi,JB yang diadakan di Dewan Sri Pelangi. Bacaan Doa oleh Adik Mohd Azrai manakala Perutusan Minggu Anti Dadah telah dibacakan oleh Puan Ahsathiamal (GPK Kokurikulum) SK Taman Pelangi, Perasmian telah dilancarkan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Rahim (GPK Kurikulum) dan dengan memecahkan "Kotak Anti Dadah SKTP". Bacaan "Anti Dadah SKTP" dibacakan oleh Adik Nik Mohd Fazmi dari 6P iaitu salah seorang AJK Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Pelangi. Murid-murid dan guru pula menyanyikan lagu "Anti Dadah, Kami Benci Dadah" dengan penuh semangat. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan selama seminggu dengan tayang video "Aku Mahu Pulang" dan mewarna tahap 1, Melukis Poster Tahap 2 serta teka silangkata.
Menarikkk......................








Tiada ulasan:

Catat Ulasan