Rabu, 30 November 2011

Perpisahan atau penghijrahan?

Majlis Perpisahan ringkas telah diadakan 
pada Jumaat 18.11.2011.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau mutiara

Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Orang ke laut menjala udang
Petang hari pasang pelita
Yang di tunggu sudahpun datang
Yang dinanti sudahpun tiba

Batu kecubung warna ungu
Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu

Berjalan malam memakai suluh
Singgah sebentar dirumah Cek Mamat
Angkatkan tangan jari sepuluh
Doa minta biar selamat

Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Mudik ke hilir berperahu layang
Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana


Cikgu Wan Noraini Wan Ibrahim
Cikgu Fatimawati Mohamad

Cikgu Roslan 


http://sktamanpelangi.blogspot.com/2011/11/majlis-perpisahan.html

Walimatul urus 2011

Salam...Tahniah! dari PAIS SKTP diucapkan kepada cikgu Izzatie di atas perkahwinan beliau di Dewan IPD SG Petani pada 27 Nov. 2011 bersamaan 2 Muharam 1433.Ramai juga guru yang hadir, macam2 ada di majlis tersebut dan kami dari Johor menjamu selera pada malamnya di Bakar Arang,S.Petani Kuey Teow Udang,Terbaek!
 Tahiniah! Semoga bahagia dan ceria selalu.



Khamis, 17 November 2011

JAMUAN 2011 DAN PERPISAHAN GURU.

Salam..19.11.2011 Majlis Jamuan Guru telah diadakan di Puteri Pan Pac JB, meriah dan amat menyedihkan terutama kepada 4 orang guru yang akan bertukar ke sekolah pilihan mereka. Semoga jasa guru ini dikenang dan dipohon kepada mereka agar dihalalkan ilmu yang diajar...Terima Kasih Cikgu Fatimawati, Cikgu Alice, Cikgu Wan Noraiani dan Cikgu Roslan... Majlis Jamuan terbaek...! 10 tahun SK Taman Pelangi dan guru2nya....




UPSR 2011

Salam..Tahniah Panatia Pendidikan Islam dan warga Guru SK Taman Pelangi ucapkan kepada semua murid tahun 6 yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaek bagi diri sendiri. Keputusan UPSR yang menarik dengan peratusan yang meningkat dari tahun 2010...Tahniah..! kepada Ibu Bapa/Penjaga yang tidak putus2 berdoa untuk anak anda...layan Majlis penyampaian slip keputusan UPSR 2011 serta penyampaian wang bantuan khas RM100 kepada semua murid. Taqhniah..!


LAWATAN IMIC 2011








Salam..pada 15.11.2011 Rabu nan lalu Bahagian Lawatan sekolah telah mengadakan lawatan ke IMIC di Danga Bay. Pelbagai pengetahuan yang telah kami perolehi. Terbaeklah IMIC...layanan IMIC best dan pengetahuan yang diperolehi amat berbaloi dengan satu jam yang tidak puas di IMIC dan Zoo JB selama 2 jam...Layan

Jumaat, 4 November 2011

Salam Eid Adha 2011

Salam...Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha. Warga SKTP akan mula bercuti mulai 5 Sabtu -7 Isnin 2011. Semoga ibunda dan ayahanda, atuk,nenek yang menunaikan haji mendapat haji Mabrur, Insyaallah. Solat Hari Raya Adha akan bermula jam 8.30 pagi di Masjid Taman Pelangi. Jangan lupa dengan ibadah korban yang diadakan di Masjid tersebut selepas solat hari raya haji..datang beramai-ramai.

Selasa, 1 November 2011

Program READ 2011

Salam..baru sebentar tadi sekolah telah mengadakan program READ2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Dewan Sri Pelangi,Johor Bahru. Dirasmikan oleh Puan Mastura Bt Idris Guru Besar SK Taman Pelangi.Layan......